After 20 years (plus minus)......tanggal hari bersejarah ini....4 daripada berpuluh2 kawan2 sekolah Sultan Abu Bakar, Muar batch 86-90 bertemu kembali! Pertemuan yang tak semena-mena, kalau dah rezeki nak jumpa tu....tak payah plan gedebuk gedebak....diizinkan Allah swt, akhirnya kami bertemu jugak.....Happening tak happening.....masyaAllah, tuhan saja yang mengetahui isi perut kami haritu. Berjumpa 4 orang riuhnya macam sekelas 40 orang yang datang.....gembira tak terkata!!
On that particular day dapat lah jumpa Nazliana a.k.a Naz, Isyatunniza a.k.a Shelly & Suzyana a.k.a Suzy bertempat di Secret Recipe, Muar......pertemuan selama 3 jam tu...tak putus2 dengan gelak ketawa. Bukan setakat bergelak ketawa sajer...malah kami balik petang tu dengan kekejangan perut yang amat sangat gara2 gelak berlebihan!!! MachaAllah.....bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanMu......
Sebenarnya, 14hb Feb earlier during cuti CNY, our batch dah organise gathering kat Trader's Hotel, ramai gak dalam 40 orang yang datang, unfortunately hari yang sama keluarga buat majlis tahlil ayah sekali dengan majlis aqiqah Muhammd Izz Muddaththir. Berat hati nak tinggalkan majlis ayah semata2 nak berseronok dengan kawan2 sekolah. Dalam hati tuhan saja yang tahu......memohon supaya dipermudahkan untuk berjumpa kawan2 dilain masa ketika. Allah maha mendengar, walaupun tak seramai majlis 14hb haritu.....yang 4 orang ni pun dah cukup menhuru-harakan dunia.....hahahhaha
So....this is our memorable meeting after 20 years....bersempena sambutan dan mengambil keberkatan MaulidurRasul.............tardaaaaa!!!

Naz, Shelly, Me & Suzy


No comments:
Post a Comment