

Saya sangat2 teringatkan ayah sejak akhir2 ni, kalau tengah duduk2, cepat2 saya sedekahkan Al-Fatihah. Kalau dah nak time solat, lepas salam cepat2 saya sedekahkan surrah Yasseen!! Saya tak tau apa yang tersirat, tapi yang pastinya kebelakangan ni saya sedang menyelesaikan urusan barang peninggalan arwah ayah. Urusan pusaka ni, suka atau tidak, mahu atau tidak tetap kena selesaikan jugak...maklumlah selain tuntutan agama kita juga terikat dengan undang2 dunia. Memang dari sejak hari ayah meninggal dunia, saya kembali duduk di rumah makayah, mengambilkira saya yang tinggal paling dekat dengan diorang. Adik beradik yang lain semua di KL. Memang patut pun saya berpindah semula meneman mak yang duduk sorang je kat rumah ni. Masa saya berpindah pun,mmg semuanya tergesa-gesa. Maklumlah, ayah meninggal di IJN, malam tu semasa menguruskan jenazah balik ke rumah, saya dan keluarga dengan sehelai sepinggan,beg pakaian pun saya bawak utk bekalan sekurang2nya seminggu sahaja sbb ayah was scheduled for by-passed procedure on last minute decision.
Dengan apa yang ada dalam bonet kereta, dari IJN, selesai urusan pengkebumian sampai lah hari ni saya kekal di rumah makayah. Selepas keadaan tenang, saya berpindah sedikir demi sedikit. Disebabkan rumah ni pun dah memang penuh dengan barang makayah, ditambah lagi dengan barang2 saya seisi rumah, keadaan mmg sangat cramped, sket2 saya dan suami adjust dan renovate mana yg patut....sekarang pun kalau nak diikutkan, banyak yg masih tak sempurna. Setakat ini yg boleh kami ikhtiarkan, kerana dalam masa2 terdekat ni, saya akan berpindah, terpaksa mengikut hasben ke JB. Saya terpaksa amik keputusan ikut pindah selepas mengambik kira macam2 perkara, hal rumahtangga, bab membantu suami di syarikatnya, sekolah anak2, keselamatan, kesihatan saya yg tak begitu sempurna dan macam2 benda yg minor2 jugak....at the same time, by looking at emak, I feel so guilty....mak sebolehnya dan dah bg kata putus pun tak kan ikut kami berpindah. Nak duduk rumah sendiri katanya...yg pada fikrian kami adik beradik, sangat2 tidak advisable.....maklum lah keadaan sekarang!! kita dah tak takut hantu lagi dah....yg berhati kering kat luar sana...tu yang kita risaukan!!!
Mungkin ke....sebab kami sibuk buat rancangan nak berpindah ni....dan rasa bersalah meninggalkan mak sorang kat sini buatkan ingatan pada Ayah sangat2 kuat lately!! Apa connection nya?? Mak tak setuju kami pindah ke? Mak sedih ke? Atau ayah is the medium untuk buat saya lebih sensitive dengan perasaan mak yang tak dia luahkan!!! Mungkin di mulut dia kata dia ok, dia boleh duduk sorang kat sini, lebih2 lagi mak sedara depan rumah pun sorang jugak, tapi bila malam my anty akan berpindah2 tidur, kdg2 di rumah kami, kadang2 tidur kat rumah anak dia about 500 meters away from our house. Mak ada jugak bgtau dia akan ikut kami pindah untuk sementara, dia nak jugak temankan kami, tengok2 kan urusan rumah lepas kami pindah, nak jugak merasa duduk kat JB, tapi setakat kejap2 lah, untuk duduk sepanjang masa dengan kami, katanya tidak....dia sayangkan rumah dia, maklum lah banyak kenangan kami anak beranak, kenangan dia dengan ayah, rumah tu hasil penat lelah, duit simpanan diorang selama ni....kalau kita pun mestilah berat nak tinggalkan.....Kita yang tak merasa ni tak boleh faham apa dia rasa....tapi kita boleh cuba selami perasaan dia....ini lah perkara yang sangat2 saya risaukan....risau tindakan saya menyinggung perasaan dia, risau saya buat emak sedih dan susah hati....tapi kehidupan juga perlu diteruskan....dah ditetapkan Allah SWT rezeki kami di sana....lebih2 lagi kami dah berkali2 postpond and delay urusan pindah ni....kebetulan pulak, masih ada berbaki urusan yang tak selesai di JB buatkan perpindahan kami ni masih belum jadi kenyataan. Paling saya khuatir, my beautiful mimi nak UPSR september ni, and she is not allowed to change school if kami berpindah later than bulan Mei. Urusan pusat peperiksaan kata guru sekolahnya.....betul jugak tuu! Ya Allah....berilah kami petunjuk dan permudahkan lah urusan duniawi kami.....Ameen Ya Rabb!
Kenapa saya tiba2 sarat kerinduan.....mungkin jugak sebab dah hampir seminggu mak ke rumah adik beradik di KL. Jumaat minggu lepas kami hantar dia ke sana. Kali ni lama mak duduk dengan diorang kat sana! Memang kak jiah (my eldest sister) and Mas (my 3nd and youngest sister) and family dah plan nak bawak mak jalan2 ke langkawi. Dah lama kami plan nak pegi ramai2...last minute saya dan my only brother, the youngest terpaksa tarik diri...nampaknye bukan rezeki kami nak sama2 pegi bercuti. Kami terikat dengan komitmen masing2. Esok my mimi akan attend Klinik UPSR anjuran Berita Harian di MRSM, bakri Muar. Mudah2an mimi dapat manfaat dari program tu nanti...it's a good one I heard! ..... dan saya notis....saya sangat rindukan emak pemergian dia ke KL kali ni.....baru seminggu, sekurang2nya ada seminggu lebih lagi atau sampai mak di hantar balik oleh salah sorang dari diorang nanti baru lah mak ada kat rumah.....Oh Emakk....I can feel the emptiness!!! Kak Ngah rindu makkkkk!!


No comments:
Post a Comment