I woke up fresh this morning....I would say, I had enough sleep (sebab tak melayan facebook), tapi ruginya sepanjang malam saya asyik terjaga....walaupun tidur saya sangat2 lena....namun saya sangat tidak mengambil peluang jaga yang Allah SWT kurniakan malam tadi dengan bersolat sunat tengah malam. Mata bagai dicelik2, especially everytime before 4am.....MachaAllah saya sangat cuai Ya Allah!!! Saya hanya menjangka tidur saya terganggu gara2 bimbangkan anak2 yang kena bangun pagi utk menghadiri Klinik UPSR anjuran Berita Harian di MRSM, Muar. Bukan apa, since this week is holiday week.....saya bimbang tak terjaga, lebih2 lagi kalau sudah menyempurnakan subuh awal waktu.
membangunkan anak2 adalah rutin yang paling saya ingin escape....alangkah bagusnya kalau anak2 boleh bangun tanpa perlu dikejut, I mean, kuncikan jam loceng siap2, dan terjaga bila jam itu menjerit. TIdak perlu menyalahkan sesiap....memang anak2 saya tidak dilatih untuk bangun sendiri, mereka bangun bila dikejutkan, malah perlu ditunggu dan dipastikan mereka betul2 mula membasahkan badan....baru saya tinggalkan mereka menyambung keje lain.
Untuk hari ni, mereka bersiap awal mungkin kerana bersemangat untuk hadir ke bengkel UPSR nanti. Semasa mendaftar semalam, kami memutuskan utk beri peluang pada my Muna utk sama2 mengambil manfaat dari program ni, sebenarnya baru dibgtau pelajar darjah 5 juga digalakkan attend utk mempersiapkan diri setahun lebih awal. Mujur Muna tak banyak kerenah walaupun pada mulanya agak risau kerana perlu menghadiri "klinik"...apa kena buat kat sana, nak makan kat mana, nanti adik pening kepala nak bgtau saper....macam2 alasan Muna, lebih2 lagi kena attend 2 hari penuh.
Seawal 7.30 am kami dah keluar rumah, cuaca pun bagus, redup je pagi ni. Singgah beli barang2 makan sket, roti utk alas perut (bimbang jugak) since budak2 ni tak biasa berebut esp bila nak amik makanan nanti. Sampai di MRSM mujur belum begitu ramai budak2 yg dah mengambil tempat dalam dewan. Just nice je my 2 Naimis dapat duduk 4th row dari depan....ok la tu! Selepas pastikan tempat duduk diorang semua ok, saya balik ke kereta. Terserempak pulak dengan Zimiya kawan sekolah anak2 (Zimia berpindah ke SK aliran biasa penghujung tahun 4)....means after almost 2 years, diorang berjumpa semuala kat sini. Senang hati saya, bila tau at least ada yang mereka kenal & boleh la pegi makan sama2 nanti. Kami meninggalkan MRSM dgn senang hati....next place is to have breakfast @ our friend's cafe. Kalau singgah makan kat sini, confirm lama....kdg2 tu berborak boleh sampai berjam2, ada kalau jugak sampai lah dia nak tutup kedai. FYI, kedai makan my friend ni open as early as 7.30 am tapi tutup awal, by later pun 1 noon! So if you just happened to be in Muar....dont missed to drop by at this cafe....tak susah nak cari, opposite bas stand Bentayan berdepan dengan sungai muar....sudi2 la ye...
Saya harus bersiap awal petang ni utk menjemput my 2 Naimis, they will dismiss at 5.30pm. Since I didnt cook for lunch, I prepared some custard puding utk bawak ke rumah Mak Piah, hajat hati nak menziarah Pak Ngah lagi petang ni. Selepas Asar, hujan lebat sungguh turun mencurah2....dear hubby pulak keluar ada urusan. Dengan senang hati sementara menunggu 5 petang, saya terlelap yang sangat lena....sampai dikejut baru terjaga!! LEWAT!!! Oh My.....almost 5 pm....kena keluar sekarang or otherwise kesian anak dara 2 orang tu tunggu....lebih2 lagi tempat yang diorang tak biasa. Terpaksa tebalkan telinga bila hubby berkongsi resah, bimbang kami kelewatan....Alhamdulillah, we're just on time!! Terus kami singgah makan (early dinner actually!).... Selesai makan, saya ada misi tersirat sebenarnya, hajat di hati nak ke melaka pusing2 cari angin....tapi malangnya hubby tak berkenan...anak2 kecewa...lebih2 lagi saya!!! Hurmmm tak apa lah, mungkin rezeki lain kali....walaupun hati membungkam....menjeruk rasa....
Teringatkan custard pudding tadi, sampai rumah cepat2 saya menghidang. Kebiasaannya puding ni memang hanya saya dan anak2 je yang akan menyapu bersih. Yang nak dibawa ke rumah Mak Piah, saya put aside siap2. Takde rezeki nak ke sana petang ni, kami sampai tadi pun dah hampir penghujung Maghrib. Mungkin esok, kalau ada rezeki. Owhhh terlupa nak mengulas keseronokan anak2 usai pulang dari seminar tadi....dua-dua keseronokkan....tak sabar nak tunggu sesi hari akhir esok. Alhamdulillah, usaha saya tidak sia2.....especially Muna, memang sangat2 excited bila bercerita yang memberi taklimat seminar ni semua guru-guru pakar peperiksaan negara....wahhh at least she's so impressed!!! Mama is so proud of you Mimi & Muna!!!


No comments:
Post a Comment