Esok hajat hati nak berpuasa lagi
menokok-nambah apa yg kurang
sebelum menjelangnyea ramadhan al mubaraq
alhamdulillah, dengan cuaca redup berangin
panas cuaca tak begitu terasa
Allah swt itu Maha Penyayang
Pagi ni sebelum masuk waktu subuh
perut rasa on unfomfortable pulakkk
dari malam tadi sebelum tidur hati dah cuak
terasa macam dah terlebih makan sepanjang hari
mana taknya....bermula dengan sarapan
satay berpuluh cucuk + laksa johor
balik rumah, sambung lagi makan kuih raya
especially batang buruk....
maklum laa fresh from supplier....
petang pulak, jumpa raitag & family kat pagoh
kami ajak diorang cuba Herbal & Spice restaurant
kat Ladang Nasuha, Pagoh
nahhh.....sepinggan penuh blackpepper chicken chop
balik rumah, mak pulak tengah sibuk menggoreng nasi goreng kampung
dah nama pun mak yang goreng
tak boleh tak jamah, sedap woooo
so lepas maghrib, elok sepupu dan anaknya datang
si anak nak mengajar mengaji
maknya peneman....so kami seronok laa ada kawan makan
ealier petang tadi naza, abg mat noh and Idan
pegi makan soto berempah mak nah
so bungkuskan kami satu
ingat hati mesti tak habis, tapi meleset....
tak cukup pulak, bila muna dgn darling berebut2 kan tulang kambing
orang tua kata, yang sikit tu laaa yang sedap
sampai direbut2....tak boleh jadi ni...
lepas isya', cepat2 ajak hubby pegi beli lagi
4 bungkus kami bawak balik
2 bungkus sup gearbox
1 bungkus sup tulang
1 bungkus sup daging lembu
habis licin makan dengan nasi....jemu nasi
kami sambung pulak cicah roti...heaven
PADAHNYA
harini perut meragam
berulang berbelas kali ziarah Mr T....
keletihan akhirnya....
kerana terlebih makan....


No comments:
Post a Comment