Wednesday, February 9, 2011

Jawapan Mimi.....the chronology!

Mama masih demam kura
......hurmmm cepatlah sembuh
badan sudah tak panas
tapi selsema makin menjadi-jadi
muka rasa bengkak sebelah
berdenyut-denyut....

Hari ni papa yang jemput anak2 dari sekolah
sejak dapat fon call dari mak angkat mimi tadi
rasa tak sabar nak tengok apa reaksi mimi bila ditanya....
tup tup....
sampai je kat rumah
mimi terus masuk bilik
tak keluar-keluar
menjawab hanya bila papa ketuk pintu bilik
ingatkan supaya tak terlepas solat zohor
alhamdulillah siap solat sebelum berkurung tadi
sampai ke petang,
mama masih tak berkesempatan "menemuramah"
sebenarnya memang sengaja
tunggu sampai dia buka mulut.....
tapi.....haram....

then...
macam biasa lepas solat maghrib
rutin hantar muna & darling ke kelas mengaji
macam semalam jugak
arini pun mama masih tak masak....(sakit la konon!! hiksss)
so....ikut sekali papa keluar hantar diorang
while waiting, tempoh sejam tu
kami isi dengan makan2 kat mamak nearby
nahhh....this is the time...
sambil makan
sambil cari peluang
akhirnya dapat mama selit...

"kenapa kakak bukak tudung kat sekolah lepas kelas agama tadi?"
terussss jawab mimi
"mana adaaaa maaaa...." salah faham laaaa"
(masih nak bela diri....hurmmm x pe, x pe....kasi chance!)
"habis tuuu kalau mimi tak buat....tak kan orang bercakap"
"sampai call mama kat rumah pulak tuu"
blaa blaaa blaaa
blaaa blaaa blaaa
soal jawab
soal jawab
kesimpulannya.....
mimi mendakwa....ada sebahagian kecil murid melayu
yang tak senang dengan dia
sentiasa cari pasal
just because dia rapat dengan anak kacukan tak bertudung tadi
salah satu sebab jugak....mimi rapat dengan murid cina
more than murid melayu sendiri....
hurmmm....
ada yang suka cari pasal
cari salah mimi & then mengadu dengan "mak angkat"
bila ditebak dengan soklan bukak tudung
cepat2 mimi kata
dia bukak tudung hanya nak betulkan rambut....
hurmmm
(macam tak berapa boleh nak diterima...tapi...dengar je dulu)
akhirnya....the point here is
kami, mama & papa tetap
menegaskan pasal kewajiban mimi
menutup aurat....kerana Allah
bukan kerana sesiapa....
papa dengan tegasnya beri amaran...
tak mo dengar dah lagi issue bukak tudung ni in future...
papa tak marah...
bukan bermakna papa menyebelahi mimi
papa hanya nak
mimi cakap benar & sentiasa boleh papa percayai....
sebab...in future....
kalau papa dengar lagi laporan dari sekolah
siap2 laaaa....masa tuuu
TIADA MAAF BAGIMU....
ye kakak.....watch out!!!

No comments:

Post a Comment