Konsert Crazy Love World Tour in Asia yang dibawakan oleh Enrich Malaysia Airlines dengan kerjasama JAG Entertaiment & Design, bakal mempamerkan kehebatan mutu persembahan penyanyi itu di hadapan lebih 8,000 penonton yang dijangka memenuhi stadium berkenaan.
Sebuah pengalaman yang pastinya tidak akan mudah dilupakan apabila pihak penganjur akan menyediakan rekaan pentas terindah dalam sejarah penganjuran konsert di negara ini.
Semakin hebat lagi dengan kewujudan tetingkat serba canggih, lampu bergemerlapan di setiap inci tangga dan skin TV pelbagai saiz dan reka bentuk yang akan menyerlahkan lagi penganjuran konsert itu nanti.
Buat julung kalinya juga, penganjur lebih berwaspada dengan kualiti bunyi apabila sanggup menge;uarkan kos yang besar untuk menggunakan sistem bunyi terbaik dari Meyer Sound, bagi mendapatkan kesan bunyi yang cukup memuaskan.
Bukan itu saja, kemunculan istimewa penghibur bertaraf dunia itu juga akan diperhebatkan dengan penggunaan teknik cahaya lampu yang meriah dan tayangan video yang pasti membuatkan mata sesiapa terpersona bangga.
Mula popular dengan lagu Sway, penonton akan dihiburkan dengan 17 seleksi lagu-lagu Jazz memikat kalbu iaitu daripada lbum klasik Cry Me A River diikuti album terbarunya Crazy Love dan tidak ketinggalan lagu-lagu popular seperti Home, Everything, Haven't Met You Yet, Stardust, You're Nobody dan banyak lagi.
Pengasas JAG Entertaiment & Design, R James Alexander Ali Simargolang dalam kenyataannya berkata, penonton pastinya tidak akan kecewa dengan penganjuran konsert ini.
"Michael akan membuat kemunculan istimewa dari belakang pentas dengan disemarakkan bersama muzik orkestra iringan. Dia akan membawa penonton bergembira dan terhibur dengan gaya persembahannya yang cukup istimewa," katanya.
Dia juga menambah, sesuai dengan irama muzik jazz yang asyik dengar, sejernih langit nan membiru, penonton yang hadir digalakan memakai pakaian berwarna biru iaitu warna tema pada konsert berkenaan.
Sementara itu Pemangku Presiden Kanan Enrich, Raja Dato Nordiana Zainal Shah berkata, kunjungan penyanyi kelahiran Kanada itu ke ibu negara telah menarik perhatian beberapa peminatnya dari Brunei, Singapura, Jakarta dan tidak ketinggalan United Kingdom.
Tiket bagi menyaksikan konsert Crazy Love World Tour In Asia di jual pada harga serendah RM250 sehingga RM895 yang boleh diperolehi dengan menghubungi 03-9205 7623 atau layari www.jagtickets.com.my. Potongan harga 10 peratus diberikan kepada pelanggan Enrich.
Note : Article shared from portal hiburan Murai



No comments:
Post a Comment